Ramai
orang yg tersalah tafsir akan gay , pondan/maknyah , bapok or whatever
that they usually calling. sebenarnya mereka berbeza. begitu juga dengan
khunsa
-
Terbahagi kepada dua. satu lelaki yang maskulin (lelaki yg sejati.
tiada langsung ciri2 feminin) dan dan suka akan lelaki. (sesama jantina)
- Persamaan antara kedua-duanya adalah mereka suka akan lelaki. (dan dilaknat Allah)
METROSEKSUAL
-
Mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang
lurus (maskulin). perbezaan mereka adalah mereka menyukai
perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit
wajah dan bentuk badan.menyukai wangi-wangian dan bedak dll. sentiasa
mengelak daripada melakukan perkara2 yg boleh merosakkan kecantikan
mereka. aku istilahkan mereka sebagai preetyboy . tapi kalau orang
melayu cakap mat jambu. hahaha.
LELAKI LEMBUT

-
Sotong adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada
wanita. perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg
menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka
adalah lelaki yang tulen. aku istilahkan mereka sebagai lelaki lembut ,
atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan
mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh
golongan wanita berbanding lelaki normal.
-
Lelaki sotong bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg
sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan
sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. mereka juga lelaki
normal. mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur
dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat
disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri ,
tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali
terserlah.haha) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
PONDAN / MAKNYAH
Mereka adalah lelaki lembut & mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Pondan,
bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka
mengenakan bra walaupun pada hakikatnya tetek mereka kecik persis
seorang lelaki sejati.
Untuk
menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil
pil hormon utk menukar suara yg garau & menghentikan pertumbuhan
misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang
kerongkong, membesarkan paha & punggung. Peringkat nyah paling teruk
sekarang ni banyak yg membuat pembedahan menukar alat kelamin.
Ada yang pada mulanya menyangka mereka itu perempuan betul tapi bila bersuara, memang sah jantan! Haha.
KHUNSA
-
Ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti
gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka
ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
-
لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
“Orang
yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang
tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk
membuang air kecil”.
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil
Tidak
Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki
atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau
lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil
pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada
dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis
satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing
sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’,
orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin
lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan,
jika kencing dari alat perempuan.
Jika
selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh
janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia
dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan
kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.
Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
Jika
kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat
kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki.
Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.
Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan.
Kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan.
Jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini.
Kalau lelaki , pakai lah baju lelaki .
Kalau perempuan , pakailah baju perempuan.
Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanya. Haram.
Kalau
lelaki lembut pulak , tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan ,
asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah ,
lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada
lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya
kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi
, slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik
terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun
nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.
Cuba
kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba
tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan
dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak dan
dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. Bagus
apa…lelaki sejati lah tu..cuma sopan.
Tapi
ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin
dan keras. Di mata perempuan dialah ‘preman’ , dalam sukan dialah juara ,
berotot tapi akalnya sedikit cetek.
Golongan
ini memang anti-gay+lembut & menolak 100% lelaki yg sopan ini.
kalau nak menolak lelaki pondan@gay ni tak pa la..sebab memang nabi
pernah buat camtu
tapi
janganlah menolak lelaki yg lembut ini…jangan cerca mereka…jangan hina
mereka. Terimalah mereka seadanya…bersyukurlah kerana mereka terima
fitrah kejadian mereka berbanding si pondan dan si gay .
-
Jangan kuat menghina orang , nanti dapat dosa tak masuk syurga padan
muka. Bila kawin nanti , dapat anak gay pulak. ahh sudahh. hahaha.
-
Sentiasa bersyukur akan fitrah kejadian kita. Kalau kita diciptakan
oleh Allah menjadi lelaki hensem, kita perlu terima seadanyaa. yelah ,
nak buat macam manaa kaann??
No comments:
Post a Comment