DARAH O
Individu
yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu
yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat
ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan
khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya
menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu
serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada
diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian
dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di
sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk
bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang
ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam
kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja
sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus
ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka
dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi!
Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan
kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang
gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang
dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar
dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu
yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang
harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan
berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain
membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
No comments:
Post a Comment