Petikan HARIAN METRO Edisi Johor bertarikh 23 Jun 2011 |
Mesti ramai yang tahu pasal penyakit
kencing tikus ni.. Penyakit ni dah semakin famous menular kebelakangan
ni.. Baru-baru ni kes di Sungai Sagil, Muar..
3 remaja kena tahan ward lepas megalami demam, muntah-muntah dan cirit
birit, malah tak bermaya nak bangun dari tidur… Seksa kan? Scary.. Mintak-mintaklah kita dijauhkan yer tak..
Menurut akhbar tersebut, 3 remaja ni
membina satu kolam takungan bagi megalirkan air dari Sungai Sagil ke
kawasan rumah diorang.. Tapi hanya seorang jer yang dilaporkan positif
penyakit ni.. yang lain hanya mengalami symptom yang sama dengan
jangkitan virus kencing tikus ni..
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ni juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari.. Demam 7-hari??? Tak pasti kenapa 7 hari.. hahaha..
Macam mana penyakit ni boleh menular pulak kat manusia..??
Disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira
Disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab.
(Sungguhpun
tikus merupakan hos utama, sejumlah besar haiwan mamalia lain termasuk
anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, dan mamalia laut
tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua)
Fuuhh!
Boleh disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti
![]() |
Cara Penularan Jangkitan Pada Manusia |
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan
dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang
dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang
dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit..
P/S: Elakkan lah mandi sungai-sungai ni.. Aku tak sanggup jadi mangsa pertama..
Apa pula symptom bila seseorang tu terkena jangitan??
Demam, sakit kepala yang teruk, sejuk,
sakit otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata
merah, dan keradangan selepas 4–14 hari tempoh pengeraman (dalam badan
manusia)
![]() |
Demam Kuning/Jaundice |
Apa kesan akibat jangkitan Leptospirosis???
Meningitis, kelesuan melampau, kehilangan
pendengaran, masaalah pernafasan, masalah buah pinggang, kegagalan hati
dan masalah kardiovaskular juga mungkin… Malah boleh membawa MAUT!
Takde ke apa-apa ubat untuk pencegahan??
Ada.. Doxycycline
boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan
berisiko tinggi.. tetapi ubat ini hanya boleh digunakan untuk
pencegahan, bukan rawatan.. tapi Bad tak jamin apa-apa tentang ubat ni.. Tapi lebih baik anda berjumpa dengan pakar mengenai rawatan pencegahan...
No comments:
Post a Comment