Tuesday, December 6, 2011

Style Untuk Lelaki

Semua orang tak lari dengan gaya.. masing-masing ada gaya tersendiri dan suka bergaya.. Bad akui Bad sendiri pun suka bergaya walaupun kadang-kadang gaya kita ada yang tak kena.. Kadang-kadang Bad suka survey mana-mana Store & Butik yang ada kat shopping mall.. Even Bad sendiri suka survey majalah.. hahaha..!





Atelier Versace 2009 (Draft & Design)
Tapi untuk entry kali ni Bad nak story pasal fesyen dan gaya.. Sebenarnya pada Bad, tak salah untuk kita bereksperimen dengan gaya.. Pada Bad, "fashion fade, but style eternal".. Kita boleh mix & match apa yang ada dalam closet kita.. Tak semestinya dalam closet kita full of branded attires.. Yang mahal belum tentu kena dengan kita.. Sekarang ni banyak pilihan.. Kita boleh beli jer dari pasar malam (flea market).. Banyak jugak yang lawa-lawa.. nice.. Branded clothes won't tur me on.. Asalkan gaya dia kena, sesuai dan sedap mata memandang sudah mencukupi..


Untuk yang masih-masih baru atau yang masih lagi ragu-ragu macam mana nak dapatkan gaya yang sesuai cuba survey tips kat bawah ni...:


1.       Fit is King.. Pastikan pakaian yang dipakai tu tidak terlalu besar dan sendat dipakai.. seeloknya sedikit longgar tetapi muat-muat badan.. macam mana ek..?

2.       Pakai yang simple.. jangan terlalu melampau.. overdo.. jangan pakai macam rockstar unless jika anda terlibat dalam mana-mana band.. cukuplah sekadar dengan sehelai shirt, jeans, belt (tali pinggang) dan sepasang kasut.. Boleh juga kalau nak gayakan dengan jaket atau pun aksesori lain..

3.       Ubah style kasual anda.. Tak semestinya kasual perlu Nampak bosan dan tenggelam.. tapi cuba try collared-shirt dengan warna yang ceria… Tak salah untuk ambil inspirasi daripada orang lain..

4.       Ambil perhatian juga kepada aksesori dan tambahan lain jika anda seorang yang gilakan jaket, sweater, aksesori dan pelbagai.. Kalau pakai sweater yang sedikit besar dan rugged, kenakan seluar (bottom) yang bersesuaian.. Senang kata, jenis fabrik la.. Andaikan kalau pakai jaket yang sedikit vintage dengan seluar yang licin seperti sutera.. Kinda freak right..?

5.       Shopping bawa kawan sekali.. Secara tak langsung, mereka ni boleh dijadikan consultant dan boleh memberikan pendapat tentang imej anda secara ikhlas..

6.       Kalau menghadiri sesuatu event tak salah kalau nak overdo sikit.. tapi jangan terlalu lebih sehingga mencaras orang penting dalam event tu.. Contoh macam birthday party.. Nanti tak pasal-pasal orang lain ingat anda adalah birthday boy..

7.       Jangan pandang rendah terhadap perincian (details).. Benda terakhir yang dipakai selalunya menjadi benda pertama yang orang lain nampak.. macam skarf, neck tie, dasi atau cara anda mengikat dasi/tie anda…

8.       Kasut.. kebanyakkan orang lelaki akan mengabaikan kasut.. Dah habis melaram satu badan tapi tiba-tiba kasut terlalu kotor, buruk, atau ada yang pakai flip flop.. Hilang kesempurnaan tu secara tiba-tiba.. Tak salah lah kalau lelaki nak melabur sedikit duit untuk beli beberapa pasang kasut.. dan elakkan untuk memakai flip flop di tengah-tengah bandar..  tapi pada Bad ramai jugak yang pakai flip flop kan ke bandar.. Tepuk dada tanya selera..

9.       Bila memakai printed-tee, elakkan logo yang besar pada bajunya.. So, takdelah nampak macam billboard berjalan.. Cuba try yang sedikit artsy dan klasik macam V-neck tee..

10.   Kalau pergi shopping, elakkan membeli pakain yang “in” atau trend terkini… Beli yang nampak versatile sikit.. Sebab lama-lama trend tu maybe dah outdated pun.. So, memenuhkan closet jer..

11.   Lagi satu kalau shopping, nak membeli jangan pandang pada jenama.. Fikir baik-baik.. “Aku beli sebab sukakan jenama ni atau aku beli sebab sukakan kualitinya..” Jangan pakai bantai jer.. Takkan masih nak beli baju plain yang berharga lebih RM 50..

12.   Banyakkan belajar dari majalah, internet.. Dengan cara ni menambahkan lagi imaginasi kita tentang gaya yang up-to-date

13.   Kalau masih tak puas hati dengan gaya kita, Tanya kat mak ayah, kawan, classmate, housemate bagai.. Minta diorang bagi negative feedback supaya kita boleh improvise lagi kita punya style..

14.   Bila dah melaram pakai lawa-lawa tiba-tiba misai, janggut, jambang yang serabut pulak menjadi attraction killer.. Pastikan sentiasa kemas kalau masih nak bela… Kalau nak buang terus pun lagi okay.. Boleh guna pisau cukur yang old-skool punya (double-edged razor)..

15.   Berani untuk mencuba sesuatu yang baru.. Kebanyakkan antara kita dah terlalu selesa dengan apa yang kita pakai seharian.. Why not kita beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang belum pernah kita cuba.. Mana tahu satu hari nanti kita sukakannya..

No comments:

Post a Comment