Monday, February 20, 2012

Isu Anjing Dan Islam

Isu Anjing Dan Islam




Aku ada terbaca satu soalan dalam ruangan tanya pakar untuk bahagian “Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab” dekat myMetro and aku tertarik dekat soalan ni..



SAYA ingin membuka perniagaan menjual makanan haiwan seperti kucing, anjing dan arnab, ubatan dan berkemungkinan menjual haiwan peliharaan atau tempat ‘grooming’ haiwan. Masalahnya, ia membabitkan anjing dan sebagai orang Islam, saya tahu anjing adalah najis mughallazah.
Apakah hukum menjual anjing dan makanannya kepada pelanggan? Apakah hukum anjing masuk dalam kedai? Bagaimanakah dengan proses menyamak, perlukan ia dilakukan di seluruh kedai atau mungkin bilik khas untuk anjing disediakan?
Selain itu, sekiranya ada anjing di dalam kedai saya, benarkah malaikat rahmat tidak akan masuk dalam kedai?

RIZAL
Teluk Bakong, Perak

-----------------------------------------------------------


Menjadi veterinar, membuka kedai haiwan, menyelenggara kebajikan dan keperluan haiwan serta menjual haiwan adalah harus sekalipun ia anjing. Anjing termasuk dalam haiwan yang membawa najis yang perlu disamak saja. Jika memegang anjing dan perkara yang berkaitan najisnya maka samaklah anggota dan diri saudara.
Sebaiknya, jika mampu, sediakan bilik khas untuk haiwan yang membawa najis ini.

Ini memudahkan saudara sendiri mengawal keadaan. Tidak ada kaitan malaikat rahmat tidak bersama saudara kerana anjing. Pekerjaan yang saudara lakukan ialah menjaga kebajikan makhluk lain.

Hukum fiqah menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan berkenaan. Sedangkan seorang pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan diberi ganjaran syurga, Allah SWT akan merahmati hambanya yang menyayangi makhluk lain atas muka bumi ini.

DR. MASHITAH

sorry Abg Zwan Sabri,..he3



Pssssssssttttttttt: Tetiba teringat kes Adira pegang anjing.. Bagi aku tak perlu la nk perbesarkan isu ni.. Pegang anjing itu bukannya berdosa macam pegang orang yang bukan mahram.. pegang anjing boleh samak tapi kalau pegang orang yang bukan mahram? sendiri mau ingatla kannn.. :)

No comments:

Post a Comment