Perbezaan Antara Gay, Pondan, Metroseksual Dan Lelaki Lembut
Ramai di antara kita masih tidak dapat
membezakan siapa itu Gay?Pondan?Metroseksual dan Lelaki Lembut? Bagi
mereka semua golongan itu mempunyai sama maksud...so, hari ini aku nak
kita sama-sama mengenali mereka semua...dan dapat membezakan definisi
mengenai mereka semua...
jangan salah tafsir akan gay, pondan/makyah, metroseksual dan lelaki lembut, malah khunsa juga berbeza..
-GAY-
Mereka
tak terangsang tengok perempuan, tapi akan terangsang tengok kaum
sendiri, (lelaki). Melakukan hubungan sesama mereka (dilaknat
Allah)..mempunyai perasaan sesama hubungan sejenis...
-METROSEKSUAL-
Mereka
bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang maskulin.
Perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg
kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk
badan, menyukai wangi-wangian dan bedak dll.
Sentiasa
mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan
kecantikan mereka. Suka dan terlalu menjaga kekemasan diri...Boleh diistilahkan mereka sebagai preetyboy tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. :)
-LELAKI LEMBUT-
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Sotong..
Sotong
adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita.
Perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai
wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki
yang tulen. BOLEH istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki
sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan
wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan
wanita berbanding lelaki normal.
Lelaki
sotong bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati ,
cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali
memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. Mereka juga lelaki normal.
Mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan
kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat
disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi
tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah)
menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
-PONDAN / MAKYAH-
Mereka adalah lelaki lembut dan mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Pondan,
bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka
mengenakan bra walaupun pada hakikatnya tetek mereka kecik persis
seorang lelaki sejati.
Untuk
menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil
pil hormon utk menukar suara yg garau & menghentikan pertumbuhan
misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang
kerongkong, membesarkan paha & punggung. Peringkat nyah paling teruk
sekarang ni banyak yg membuat pembedahan menukar alat kelamin.
Ada yang pada mulanya menyangka mereka itu perempuan betul tapi bila bersuara, memang sah jantan!
-KHUNSA-
Ini
adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti
gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka
ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
“Orang
yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang
tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk
membuang air kecil”.
HARAP
DAPAT MEMAHAMI DIFINISI MENGENAI MEREKA DI ATAS INI..JANGAN KITA
TERKELIRU..APA YANG PENTING SETIAP YANG ALLAH JADIKAN TAK PERLU
DIUBAH...ALLAH TAHU APA YANG BAIK UNTUK HAMBANYA...
Renung-renungkan,....Don't Judge The Book By It's Cover,..
Renung-renungkan,....Don't Judge The Book By It's Cover,..
No comments:
Post a Comment