Monday, February 20, 2012

Jangka Hayat Boleh Diramal

Jangka Hayat Boleh Diramal




Eh, nak tau tak? Sebenarnya kan, jangka hayat kita dah boleh diramal semenjak kita lahir lagi.. Ramalan jangka hayat ni bukan diramal oleh bomoh mak esah or bomoh cik siah ye tapi diramal berdasarkan kajian saintifik. Penemuan cara untuk mengetahui jangka hayat seseorang semenjak bayi lagi ini telah ditemui oleh saintis dari Universiti Glasgow dimana menurut saintis tersebut, jangka hayat seseorang itu boleh diramal sejak bayi lagi dengan melihat deoksiribonukleik (DNA) yang dikenali sebagai telomer.



Kajian tersebut menunjukkan, jika panjang telomer seseorang, usianya lebih panjang dan kematian seseorang itu pasti bersebab. Bagaimanapun jangka hayat itu akan jadi pendek jika seseorang itu merokok atau mengalami tekanan perasaan. Hurrmmm, so sila jauhi rokok and takmo tension2 ye, chill.. :)



Menurut ketua penyelidik, Prof. Pat Monaghan, keputusan kajian menunjukkan perkara yang berlaku dalam badan pada peringkat awal hidup seseorang sangat penting. Kajian yang dilakukan terhadap burung2 cakar di Australia mendapati burung yang memiliki telomer pendek akan mati selepas tujuh bulan ukuran dibuat manakala burung yang memiliki telomer lebih panjang dapat hidup sehingga sembilan tahun.



Apa2 pun, sesungguhnya ajal dan maut tetap di tangan tuhan.. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan kan.. .. :)


Sorry Abg Zwan Sabri,..he3

No comments:

Post a Comment